36 Gambar Hantu Paling Popular Hingga 2012

Selasa, Februari 14, 2012

1. Hantu Budak Cina Tol Plaza


Ini ialah gambar yang diimbas dari sebuah akhbar cina tempatan sekitar tahun 2007/2008. Kami tidak pasti sama ada akhbar ini menyedari tetang imej kanak-kanak yang berbaju biru dan berseluar putih di bahagian atas bod hijau di sebelah kanan gambar. Gambar ini dikatakan ditangkap selepas sebuah kemalangan bas sekolah di sebuah plaza tol yang meragut nyawa pemandunya. Lagi 9 gambar selepas jump.

2. Hantu Kereta Remuk

Gambar ini khabarnya diambil secara tidak sengaja oleh rakan pemandu kereta kemalangan yang singgah untuk melihat keretanya. Pemandu telah dihantar ke hospital dan tiada orang di dalam kereta, tetapi ketika rakan tadi melihat gambar, telihat jelmaan perempuan bertudung dalam kereta tersebut. Kejadian dikatakan berlaku di Lebuhraya AMJ Melaka.

3. Batu Nisan Mejenguk Di Tingkap

Gambar asal dipaparkan di ondscene.my, perhatikan jelmaan batu nisan di tingkap. Gambar ini dikatakan diambil di tempat seram terkenal, Highland Towers.

4. Tiga Lembaga Di Lokasi Kawasan Kemalangan


Gambar ini menjadi terkenal kerana disiarkan di akhbar Kosmo. Terdapat imej 3 makhluk dalam gambar yang dirakam oleh pekerja trak tunda di kawasan kemalangan yang melibatkan sebuah kereta BMW di Jalan Kuantan-Gambang pada 17 Jun tahun lepas. Bagaimanapun keempat-empat mangsa kemalangan hanya cedera ringan walaupun kereta itu remuk dan melekat pada sebatang pokok.

5. Jelmaan Di Balai Polis Tinggal


Gambar ini dirakamkan di sebuah balai polis tinggal di sekitar lebuhraya Karak oleh kumpulan penyiasat paranormal tempatan. Tidak ada maklumat lanjut berkenaan gambar ini.

6. Lembaga Putih Memegang Batu Nisan


Imej ini sememangnya terkenal sejak zaman awal Internet Malaysia sekitar tahun 1997. Dikatakan diambil oleh seorang pelajar UiTM Lendu, Melaka, menggunakan kamera berfilem. Lembaga ini muncul di bahagian tepi, sebenarnya pelajar ini bersama kawan-kawannya ingin mengambil gambar rakan yang berdiri di tepi bahu jalan, pada waktu lewat petang selepas pulang dari bersiar-siar di bandar Melaka.

7. Pocong Di Kawasan Kilang


Gambar ini dikatakan diambil di kawasan tempat letak kereta di sebuah kilang oleh pengawal keselamatan sekitar lewat malam. Dia pada mulanya mendengar bunyi dentuman, lantas pergi ke kawasan tersebut, dan sempat merakamkan apa yang dilihatnya menggunakan kamera telefon bimbit.

8. Imej Ketiga Yang Sepatutnya Tiada


Gambar ini juga terkenal kerana di siarkan di akhbar Kosmo. Terdapat imej ketiga di bahagian kanan gambar yang sepatutnya tidak wujud.

9. Jelmaan Wanita India Dalam Cermin


Gambar ini dikatakan diambil di sebuah bilik oleh seorang penyewa secara tidak sengaja dalam sebuah resort di Pahang, dan disiarkan di akhbar tempatan. Mengikut khabar, terdapat seorang wanita India yang pernah mati dibunuh di bilik yang sama sekitar 90′an. Betul atau tidak, Wallahu’alam.

10. Wanita Kebaya Merah


Cerita berkenaan wanita kebaya merah ini memang popular di kawasan utara dan dikatakan telah menyebabkan berlaku beberapa buah kemalangan. Gambar ini juga disiarkan di akhbar Kosmo. Jelmaan itu muncul dalam gambar yang diambil oleh seorang lelaki untuk memotret isterinya di sebuah stesen minyak di bahagian Utara Semenanjung.

36 ulasan:

  1. fuyooooooooooooooooh

    BalasPadam
  2. menipu lebeh

    BalasPadam
  3. Kencheng! Hantu abah kau!

    BalasPadam
  4. Jgn ckp besar...

    BalasPadam
  5. mungkin driver bas tu mengantuk atau mabuk,bukan hantu yang kacau.

    BalasPadam
  6. wui naaaaa...............

    BalasPadam
  7. kereta kancil gmbr no2 tu bukn hantu admin..tu kemalangan saya mse di amj..dan tu gmbr sweather saya yg disarung pada seat kereta..hrp admin leh buang...nt byk lak tangapan yg menyimpang.

    BalasPadam
  8. Yg seram gmbr budk kcik dgn bpk dye..uwaahh..mmg seram tgk.. bole snyum lg 2..

    BalasPadam
  9. Edit lebih puiii

    BalasPadam
  10. kt sini ade satu..x nak ambik?

    BalasPadam
  11. Hantu kak limah pun seram gak,nnti kan hantu kak limah 2 akn di tayangkan di pawagam berhampiran anda he he he

    BalasPadam
  12. Saya pun penah tengok hantu masa saya berak tapi saya tersilap tgk rupanya itu taik saya yg terapung apung seramnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. sengal..hahah

      Padam
    2. seramla sangat..mmg sengal pun..

      Padam
  13. hantu sempoi

    BalasPadam
  14. Edit je lebih .. Sje je nk wt gimik ...

    BalasPadam
  15. tak caye tak bule jugak,,
    nak caye pn 50%...

    BalasPadam
  16. tak caye tak bule jugak..
    nak caye pn 50%...
    huu

    BalasPadam
  17. Tak bole tahan... Taik disangka kan hantu.. Pooodah..

    BalasPadam
  18. Taik disangkakan hantu.. Kuaut ngat ah.. Haha

    BalasPadam
  19. Hahaha sengal...bole wat cite geli antu terapong...wakaka

    BalasPadam
  20. memang manusia bodoh edit gmbar je tau....bodoh

    BalasPadam
    Balasan
    1. bodoh tahap taik terapung

      Padam
  21. kalau ni edit tolong lah jangan buat lagi sebab bende ni boleh takutkan orang

    BalasPadam
  22. perghhhh seram gile butuh

    BalasPadam
  23. perrgh takut nyer

    BalasPadam
  24. Bukan.kita.je.yang.hidup.di.dunia...

    BalasPadam
  25. IBLIS, HANTU, SETAN, PELESIT, PUTA RANGAS, BOTA, TOYOL, HANTU KOPEK, DRAKULA, HANTU RAYA, ANTU KUCING, PONTIANAK, RORO KIDUL DLL

    IBLIS2 NAMPAKNYA NAK BERSAHABAT DGN ANDA.

    BalasPadam